Road to SAB (Golden Jubilee)

Bismillahirahmanirrahim.

Asslamaualaikum.

Anda sihat? Alhamdulillah semoga Allah memberkati anda.

Disini amar ada satu perkara hendak dikongsi bersama kalian semua.

       Pada 6-8 hb April iaitu pada Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, SMK Aminuddin Baki Johor Bahru akan menyambut kelahirannya yang ke-50 Tahun (Jubli Emas). Walaubagaimanapun Karnival lebih kepada Hari Sabtu, kerana hari itu merupakan hari Kemuncak dimana dianggarkan Ribuan akan hadir. Tampilnya amar disini untuk melawa dan menjemput anda dan bawalah rakan rakan atau mungkin keluarga anda untuk ke SMK Aminuddin Baki Johor Bahru untuk Karnival Jubli Emas SAB. Marilah meriahkan bersama.

         Dalam pada itu, untuk pengetahuan semua saya telah terpilih untuk menjadi Juru acara atau dikenali sebagai (DJ). Saya digandingkan bersama pelajar perempuan kelas lain namanya Athirah. Amar harap anda  dapat mendoakan kami semoga segalanya berjalan lancar dan tiada kesilapan yang berlaku.

         Selain itu, ada pelbagai aktiviti dan program di SAB. Antaranya, Jualan, pameran, pertandingan permainan, Kereta kuda (boleh dinaiki) dan banyak lagi. Anda bebas untuk berpakaian apa jua pakaian dan buatlah seperti rumah anda sendiri. Mungkin SAB tidak semaju sekolah lain namun kami (Warga SAB) akan cuba buat yang terbaik demi Tetamu-tetamu yang hadir Insyallah.

           Mungkin anda tertanya-tanya dengan keadaan Dewan SAB sekarang bukan? Setakat ini Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewan telah dihias cantik dan rapi. Semua dijamin selamat Insyallah. Jadi hadirlah ke sekolah saya iaini Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki Johor Bahru untuk memeriahkan Karnival ke level 9000!

         Akhir sekali, perhatian kepada yang akan memakai atau nampak Tag `#SabAwesome'. Tujuannya anda memakai atau terlihat tag ini adalah untuk dikenang Karnival ini dan tujuan kedua pula, apabila anda komen atau menyatakan pendapat tentang karnival ini di Laman Sosial anda seperti Twitter atau Facebook, anda digalakkan untuk meletakkan Hashtag Sab Awesome ( #SabAwesome ) pada Awal atau Akhir ayat yang hendak anda share-kan kepada orang lain. Spread the love.


Belajar. Berilmu. Berbakti.



Wasalam.