Legendary.



 Assalamualaikum.

    Alhamdulillah. Karnival Jubli Emas SMK Aminuddin Baki berjalan tersangatlah lancar dan sudah seminggu berlalu. Maaf kerana agak terlewat sedikit untuk saya post mengenai Karnival ini kerana masa dan keadaan tidak mengizinkan. Namun, saya tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk mendokumentasikan serba sedikit tentang Karnival ini Insyallah.


    Pada 6hb April hari Jumaat , Karnival dirasmikan dengan Tahlil Yasiin sempena Karnival ini dan kami (murid-murid) juga dihidangkan sedikit juadah. Alhamdulillah.









                                      
                                               

       Selepas program itu, Karnival diteruskan dengan jualan-jualan yang ada dan diselitkan lagu-lagu yang bermain sepanjang Karnival. Karnival pada hari Jumaat lebih kepada Warga SAB sahaja, kerana waktu itu adalah waktu persekolahan jadi pihak luar tidak ramai yang hadir.




         Keesokan harinya, ialah hari yang kemuncak dimana Pelbagai aktiviti dan program dijalankan antaranya, jualan, Liga Bola Sepak Empat Penjuru.... Haaaa!!!! Tahniah kepa Team Bola Sepak SAB kerana berjaya menjuarai Liga tersebut. Kepada yang kalah,cuba lagi di 50 Tahun akan datang Insyallah. hehe. Dalam pada itu, acara yang berlangsung di Dewan SAB ialah Anugerah Cemerlang, Perasmian, Aku Janji dan Choral Speaking. Oh ada abang Upie kitee! Ceh :P 




       Oh yaa! Anda.. andaa tahu bukan bahawa saya ditugaskan untuk menjadi DJ. Yes! Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Biasalah penat kann. Kalau nak kerja, mestilah kena penat. Janji semua orang happy Insyallah.

       Kepada Warga SMK Aminuddin Baki, Tahniah! Anda telah membuat yang terbaik untuk sekolah anda. Ramai orang yang kagum dengan sekolah kita. Persediaan semuanya sempurna. Alhamdulillah. Tanpa anda siapalah Sekolah kita dimata Rakyat Malaysia. Ceh! 





        Kepada Orang luar dan pengunjung barang terima kasih kerana memeriahkan karnival kami. Saya tahu bukan mudah untuk mencari masa lapang untuk meluangkan masa bersama Karnival ini. Jasa anda amatlah dikenang. Insyallah.





          Yang terakhir, kepada Sahabat President dan Crew Crew #SabAwesome yang TERSANGATLAH awesome. Ya Allah! Korang memang terbaik. Segalanya berjalan sepertimana yang dirancang. Hahaha. Dan tak lupa juga dengan tag kita yang laris. Untuk mengetahuan semua Tag #SabAwesome kami laris dijual sehingga 40 Tags habis dijual. Alhamdulillah. Tak kisahlah kalau ada golongan yang kurang senang, janji Majoriti lebih ramai yang suka dan cikgu-cikgu juga ada yang berkenan. Insyallah di masa akan datang jika ada bajet lebih sikit kita buat tag yang besar sikit lah. Jasa anda semua juga akan dikenang ! Insyallah.

Serba sedikit gambar...












                            






                                       


Gambar Terbaik Jatuh Kepada..

JENG..JENG..JENG..


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-




Terima Kasih dan Tahniah kepada semua.


ULANG SUARA.. SAB AWESOME.. SAB AWESOME.. SABAWESOME :'D

Wasalam.